e-episode

Monday, July 16, 2007

Diva

Filem : Diva
Pengarah : Sharad
Penulis Skrip : Rashid Sibir

Yang banyak menonton filem ini nanti adalah peminat-peminat fanatik Adam dan Ning Baizura. Diva secara ringkasnya adalah Akandemi Fantasia edisi filem. Apa yang ada di AF dan ada di Diva?

1. Astro. Kedua-duanya produk astro.
2. Hotlink. Keduanya-duanya mempromosi Hotlink secara berlebih-lebihan. Astro dan Hotlink adalah adik beradik dari ayah yang sama, Ananda.
3. Fauziah Nawi.
4. Bintang-bintang yang berangan menjadi terkenal.
5. Jeremy Thomas yang mirip-mirip penasihat kesihatan AF suatu musim yang dahulu.

Ulasan

Saya mengharapkan filem ini akan menghiburkan seperti Mohabbatien. Filem yang indah dengan muzik yang asyik dan tarian-tarian menarik. Kerana ada yang pernah membandingkan Diva dengan Mohabbatien. Sungguh berani. Bahkan pengarah filem ini sungguh angkuh mendabik dada meramalkan filem ini akan mampu ‘pecah panggung’.

Astro yang sangat berpengalaman menerbitakn AF selama 5 musim sepatutnya menggunakan itu untuk dieksploitasi dalam Diva. Proses pembelajaran, kelas vokal dan ragam empat orang bintang Jiwa. Ini tidak berlaku. Ian terlalu diambil mudah dan ringkas. Sayang sekali.

Yang hanya garang dan tegas dalam proses mencipta bintang itu hanyalah Sysca dilakonkan pelakon Indinesia (tka ingat nama). Sesungguhnya hanya watak Sysca yang benar-benar menjadi. Terumata ketika menahan sedih mendapat berita tentang penyakit Kartika. Sedang Kartika yang dilakonkan Ning … sayang sekali. Maklum mengetahui bahawa Ning merupakan seorang artis yang komited dengan kualiti kerja. Pelakon berpotensi sepertinya harus ‘demand’ untuk bekerja dengan pengarah yang profesional dan ‘established’.

Selain Sisca, saya kira dua pelakon muda yang menyertai Jiwa harus diberi pujian kerana menghayati watak dengan baik.

Lewat beberapa filem melayu belakangan ini watak orang-orang tua dalam filem diberikan kepada pelakon-pelakon veteran yang besar. Liza Othman dan Azean dalam Waris Jari Hantu. Didahului oleh Ruminah Sidek melalui Jangan Padang Belakang dan dalam Diva Fauziah Nawi.

Sayanganya penampilan Liza Othman yang membanggakan dalam Waris Jari Hantu tidak dimanfaat sepenuhnya dalam Diva.

Kalau Mak Mak dipuji dalam Jangan Pandang Belakang, demikian juga Azean dalam Waris Jari Hantu, sebaliknya belum ada lagi suara yang berani memberi kredit kepada pelakon besar Fauziah Nawi dalam Diva. Terlalu kaku, keras dan kaku.

Diva mempunyai jalan cerita yang menarik dan kuat untuk menarik penonton datang ke panggung. Ianya sangat glamorus dengan bintang-bintang muda yang ngetop. Namun sayang sekali skripnya tidak berapa bagus ditangan Rashid Sibir. Sesungguhnya Rashid sebagai penulis skrip lebih berjaya jika menghasilkan filem bercorak komedi seperti Laila Isabela ataupun Cinta Luar Biasa. Saya agak terkejut melihat barisan panel yang menilai skrip, ada dua nama bergelar Professor Madya dalam bidang bahasa dan ada Fatimah Abu Bakar. Tapi bagaimana skrip sebegini boleh lahir. Sungguh mengjengkelkan.

Namun Diva sangat sesuai dijadikan produk pelancongan sempena tahun melawat Malaysia. Persembahan pentas Ning di konsert pembukaan filem ala-ala citrawarna.Menggugat takhta Noraniza Idris!.

Labels:

Berbagi Suami

Pengarah : Nia Dinata

Nia Dinata, pengarah kontroversi Indonesia yang pernah tahun lalu menghasilkan filem kontroversi Arisan. Kisah homoseksual. Layaknya ia kontoversi. Begitu juga yang melanda Berbagi Suami (BS) kerana mengangkat tema sensitif. Poligami. Juga terselit di dalam BS ialah kisah wanita lesbian. Kontroversinya Nia Dinata boleh saya kiaskan kepada kontroversinya Yasmin Ahmad di Malaysia.

Sinopsis

BS mengungkap isu pologami dari perspektif 3 wanita berbeza. Dari satu zaman, namun situsi berbeza. Salma (Jajang C. Noer) seorang doktor dan isteri seorang ahli politik. Siti (Shanty) seorang gadis kampung yang ingin mencari pekerjaan di kota Jakarta. Ming (Dominique) pelayan restoran yang diambil menjadi isteri muda bos. Berbanding Arisan yang berlatarbelakangkan kehidupan kota metropolitan, BS menelusuri lorong-lorong kecil golongan marhaen.

Ulasan

Paling hampir naratif BS mirip dengan Gubra Yasmin Ahmad. Gubra bercerita tentang konflik 2 kelurga, manakala BS kisah tragik 3 wanita dalam hidup berpoligami. Namun satu yang lebih dalam BS ketika ketiga-tiga watak ini dirangkaikan pada hujung cerita. Sangat natural dan bijak berbanding.

Sangat senang menonton BS. Kisah manusia biasa dirakamkan secara jujur, bahkan terlalu jujur. Hampir-hampir saja kejujuran itu menelanjangkan. Hanyanya sebagai naskah kritikan kepada masyarakat saya kita kejujuran itu harus dirancang tidak sampai ke celah-celah ranjang. Sebua filem ‘genre’ drama yang baik pada saya perlu menitikberatkan penapisan.

Tiada ada apa yang perlu dikontroversikan dalam filem ini. Selain dari beberapa adegan selak kain dan isu lesbian, BS tidak sama sekali mengkritik poligami yang dibenarkan dalam Islam. Hanya saja secara tidak langsung perlaksaan poligami itu ditegaskan supaya lebih kemas.

Lakonan

Lakonan ketiga-tiga pelakon wanita ini cukup mantap. Termasuk Shanty dan Dominique, walaupun ‘muka baru’ namun diberi latihan dan tunjuk ajar yang cemerlang.

Tidak perlu marah-marah, menangis-meratap untuk membuktikan seseorang itu pelakon yang baik. Dalam BS kebanyakan babak dilakonka dengan tenang dan separa cerah. Permainan emosi yang baik oleh pelakon-pelakon terutama Jajang dan Shanty.

Perlahan-lahan saya tonton filem ini dengan ayik. Asyik dengan dialog-dialog yang bijak dan natural. Cemerlang.

Labels:

Thursday, July 05, 2007

Keluarga Gerilya

Penulis : Pramoedya Ananta Toer
Penerbit : Penerbit Fajar Bakti 1988

Sinopsis

Melukiskan seorang pengarang dan keadaannnya secara utuh, jelas, mustahil. Yang utuh itu tetap orangnya sendiri dan keadaannya. Itu sebab sudah pada awalnya dia kunamai Sa’aman. Nama sebenarnya : Wahab. Sa’aman bukan tiruan dari Wahab, tetapi Wahab dalam gambaranku, pengarangnya. Wahab sebuah realitas baru, relitas sastera, kerana ia menjadi realitas hanya melalui sastera.

Dan siapa Wahab?

Dia adalah wakil komandan sebuah seksi di bawah pimpinanku. Tahun 1946. menjelang akhir tahun tersebut. Kami berdua meninggalkan pangkalan, Cikampek, menyusup ke Jakarta, yang semasa itu dalam pendudukan tentera kolonial Belanda. Pada bulan Julai 1947 aku sendiri tertangkap, dia tetap lolos.

Beberapa bulan menjelang akhir 1949, dalam penjara, aku ikut mendengarkan pembacaan koran. Sebuah berita memuat semua tawanan terpaku : Wahab bekas wakil komandanku, oleh pengadilan militer Belanda dijatuhi hukuman mati dan menjalani eksekusi. Nurani peribadi, tradisi menghormati siapapun untuk membuat sesuatu. Dan hanya satu yang bisa kulakukan : berkurung diri sehabis kerja paksa dan di malam hari . menulis. Empat minggu kemudian lahirlah ia : Keluarga Gerilya.

Pada bulan September 1949, Belanda membebaskan taanan terakhir dari penjara Bukit Duri. Aku termasuk di antara rombongan akhir di penjara Bukit Duri. Aku mendapat tempat di sebuah kampung miskin. Ternyata marhum Wahab juga tinggal di kampung ini tadinya. Terakhir datang ke kampung ini marhum digotong dalam bungkusan tikar. Para tetanggga telah mengumpulkan wang tebusan f2.50 untuk izin membawa pulang jenazahnya. Dengan biaya para tetanggga juga dia mendapatkan penguburan yang wajar dan manusiawi. Itulah kisah terakhir tentangnya pada awal kedatangannya di tempat baru itu.

Tentu masih ada yang mengingati Wahab, kalau tidak banyak. Dan kisah yang ku tulis ini tak lain dari sebuah monumen yang kudirikan sendiri. Bukan sekadar bunga yang ditaburkan pada kuburannya pada setiap Hari Pahlawan. Paling tidak sebagai pengganti sumbangan wang tebusan dan biaya penguburannya.

Pramoedya Ananta Toer, Jakarta April 1988

Sepatah kata mendahului halaman Keluarga Gerilya sudah cukup layak untuk menggambarkan isi dan kandungan. Tiada kata-kata lain yang selayaknya lebih tepat untuk itu.

Ulasan

Pram punya latar pengalaman yang sangat berharga untuk dikongsi. Seorang pejuang. Seorang pemimpin revolusi. Hidup dalam buangan. Terpenjara di Pulau Buru selama puluhan tahun. Tidak kalah dengan ketajaman bayonet dan kepantasan peluru meluncur dari tangannya, Pram juga sangat tajam pemikiran dan mata penanya.

Naskah karya Pram lahir dari pengalaman beliau sendiri dan pengalaman manusia dan watak yang berlegar disekitar. Daya pengataman Pram sangat tinggi dan teliti.

Yang menjadikan Pram besar bukan semata perjalana hidupnya yang berputar dan berliku, namun lebih dari itu Pram mampu menitipkan semula semua itu dalam susunan perkataan yang indah dan terperinci. Biarpun tanpa kertas dan pena (ketika merakamkan Tetralogi Pulau Buru). Pram manusia ajaib yang pernah lahir dalam alam melayu. Keluarga Gerilya punya sedikit unsur-unsur ‘tricky’. Di awal bab pertama Amilah tidak dikesan langsung sebagai seorang yang hilang waras. Tentang baju kebaya Salmah dan beberapa bahagian lain. Namun ketidak warasan Amilah berjaya disembunyikan. Ini mengingatkan saya kepada novel kecil Pram yang berjudul Perburuan. Sungguh-sunguh pembaca akan terpedaya dengan helah dan tipu daya di awal babak pertama.

Keupayaan begini jarang-jarang dimiliki oleh penulis-penulis lain.

Keluarga Gerilya mengangkat tema kemanusiaan dan manusia itu sendiri. Tentang perjuangan menentang penjajahan Belanda (yang menjadi tema kegemaran Pram). Ternyata lahirnya novel-novel Pram itu sendiri sebahagian dari perjuangan. Untuk catatan, karya-karua Pram yang sudah diterjemah ke dalam puluhan bahasa dunia, hanya dibenarrkan terbit dalam negaranya sendiri selepas tahun 2000.

KG mamaparkan pergolakan keluarga Sa’aman yang kehilangan tonggak. Si ayah mati ditembak anak sendiri yang berbeza ideologi. Si ibu menjadi tidak waras setelah anak lelaki Sa’aman ditahan pemerintah atas alasan menyertai pergerakan bawah tanah. 2 anak lelakinya yang lain hilang tanpa khabar setelah menyertai gerilya.

Amat rugi jika tidak menelaah isi dan kandungan Keluagra Gerilya.

Labels: ,

Fantastic Four : Rise of the Silver Surfer

Pengarah : Tim Story  
 
Tidak sedikit yang menonton filem ini semata-maa untuk menonton aksi Jessica Alba. Di luar filem Jessica Alba pada saya jauh lebih cantik. Dalam filem, dengan kostum dan watak kekartunan mengurangkan stail dan ke’elegan’an pelakon berbibir seksi ini.   
 
Sinopsis   
 
Sama seperti Spiderman 3, Fantastic Four tidak menampil sesuatu yang baru melainkan hanya munculnya watak jahat baru yang perlu ditumpaskan. Victor von Doom watak jahat yang sangat kuat dan sangat jahat muncul semula. Nyawa orang jahat memang liat untuk diputuskan. Dalam bahagian kedua ini, satu watak baru muncul Silver Surfer yang menjalankan misi untuk memusnahkan dunia. Gedebak-gedebuk akhirnya bumi dapat diselamatkan. Klise bukan!. Tapi masih sangat ramai yang gila-gila menonton filem-filem sebegini. Pun begitu Fantastic Four berbanding dengan siri-siri animasi yang lain tidak begitu berjaya di pawagam. Pencapaian Spiderman dan X Men ternyata skuar dikalahkan.   
 
  Ulasan   
 
Apa yang menarik ditampilkan dalam filem ini ialah saat bumi mahu dihancurkan. Akhirnya kita sedar bahawa dunia akan hancur. Akan ada penamat. Tema-tema kiamat ini banyak kali diangkat di Hollywood. Kehancuran bumi banyak ditonjolkan berpunca dari perlanggaran meteor dan ada juga yang mengandaikan serangan makhluk asing. Namun hakikatnya bumi akan hancur lebih awal dari tarikh luput duduknya. Akibat tindakan dan kerakusan manusia sendiri.   
 
Silver Surfer memegang amanah ‘tuan’nya, Galactus yang tidak diperincikan untuk memusnahkan dunia. Penganut-penganut agama wahyu diajar tentang tiupan sangkakala yang akan menghancurkan bumi. Tuhan tidak sendiri memusnahkan alam ini, melainkan diperintahkan kepada malaikatnya. Dalam Fantastic Four ia digambarkan sebagai Silver Surfer.   
 
Filem sepanjang 90 minit ini tidak punya banyak perkara yang boleh diulas.   
 
Terlalu pendek dan terlalu simple untuk dibincangkan. Selain Jessica Alba yang blond dan aksi-aksi yang sarat tiada apa yang boleh diceritakan semula.

Labels: