e-episode

Monday, July 16, 2007

Diva

Filem : Diva
Pengarah : Sharad
Penulis Skrip : Rashid Sibir

Yang banyak menonton filem ini nanti adalah peminat-peminat fanatik Adam dan Ning Baizura. Diva secara ringkasnya adalah Akandemi Fantasia edisi filem. Apa yang ada di AF dan ada di Diva?

1. Astro. Kedua-duanya produk astro.
2. Hotlink. Keduanya-duanya mempromosi Hotlink secara berlebih-lebihan. Astro dan Hotlink adalah adik beradik dari ayah yang sama, Ananda.
3. Fauziah Nawi.
4. Bintang-bintang yang berangan menjadi terkenal.
5. Jeremy Thomas yang mirip-mirip penasihat kesihatan AF suatu musim yang dahulu.

Ulasan

Saya mengharapkan filem ini akan menghiburkan seperti Mohabbatien. Filem yang indah dengan muzik yang asyik dan tarian-tarian menarik. Kerana ada yang pernah membandingkan Diva dengan Mohabbatien. Sungguh berani. Bahkan pengarah filem ini sungguh angkuh mendabik dada meramalkan filem ini akan mampu ‘pecah panggung’.

Astro yang sangat berpengalaman menerbitakn AF selama 5 musim sepatutnya menggunakan itu untuk dieksploitasi dalam Diva. Proses pembelajaran, kelas vokal dan ragam empat orang bintang Jiwa. Ini tidak berlaku. Ian terlalu diambil mudah dan ringkas. Sayang sekali.

Yang hanya garang dan tegas dalam proses mencipta bintang itu hanyalah Sysca dilakonkan pelakon Indinesia (tka ingat nama). Sesungguhnya hanya watak Sysca yang benar-benar menjadi. Terumata ketika menahan sedih mendapat berita tentang penyakit Kartika. Sedang Kartika yang dilakonkan Ning … sayang sekali. Maklum mengetahui bahawa Ning merupakan seorang artis yang komited dengan kualiti kerja. Pelakon berpotensi sepertinya harus ‘demand’ untuk bekerja dengan pengarah yang profesional dan ‘established’.

Selain Sisca, saya kira dua pelakon muda yang menyertai Jiwa harus diberi pujian kerana menghayati watak dengan baik.

Lewat beberapa filem melayu belakangan ini watak orang-orang tua dalam filem diberikan kepada pelakon-pelakon veteran yang besar. Liza Othman dan Azean dalam Waris Jari Hantu. Didahului oleh Ruminah Sidek melalui Jangan Padang Belakang dan dalam Diva Fauziah Nawi.

Sayanganya penampilan Liza Othman yang membanggakan dalam Waris Jari Hantu tidak dimanfaat sepenuhnya dalam Diva.

Kalau Mak Mak dipuji dalam Jangan Pandang Belakang, demikian juga Azean dalam Waris Jari Hantu, sebaliknya belum ada lagi suara yang berani memberi kredit kepada pelakon besar Fauziah Nawi dalam Diva. Terlalu kaku, keras dan kaku.

Diva mempunyai jalan cerita yang menarik dan kuat untuk menarik penonton datang ke panggung. Ianya sangat glamorus dengan bintang-bintang muda yang ngetop. Namun sayang sekali skripnya tidak berapa bagus ditangan Rashid Sibir. Sesungguhnya Rashid sebagai penulis skrip lebih berjaya jika menghasilkan filem bercorak komedi seperti Laila Isabela ataupun Cinta Luar Biasa. Saya agak terkejut melihat barisan panel yang menilai skrip, ada dua nama bergelar Professor Madya dalam bidang bahasa dan ada Fatimah Abu Bakar. Tapi bagaimana skrip sebegini boleh lahir. Sungguh mengjengkelkan.

Namun Diva sangat sesuai dijadikan produk pelancongan sempena tahun melawat Malaysia. Persembahan pentas Ning di konsert pembukaan filem ala-ala citrawarna.Menggugat takhta Noraniza Idris!.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home