e-episode

Monday, July 16, 2007

Berbagi Suami

Pengarah : Nia Dinata

Nia Dinata, pengarah kontroversi Indonesia yang pernah tahun lalu menghasilkan filem kontroversi Arisan. Kisah homoseksual. Layaknya ia kontoversi. Begitu juga yang melanda Berbagi Suami (BS) kerana mengangkat tema sensitif. Poligami. Juga terselit di dalam BS ialah kisah wanita lesbian. Kontroversinya Nia Dinata boleh saya kiaskan kepada kontroversinya Yasmin Ahmad di Malaysia.

Sinopsis

BS mengungkap isu pologami dari perspektif 3 wanita berbeza. Dari satu zaman, namun situsi berbeza. Salma (Jajang C. Noer) seorang doktor dan isteri seorang ahli politik. Siti (Shanty) seorang gadis kampung yang ingin mencari pekerjaan di kota Jakarta. Ming (Dominique) pelayan restoran yang diambil menjadi isteri muda bos. Berbanding Arisan yang berlatarbelakangkan kehidupan kota metropolitan, BS menelusuri lorong-lorong kecil golongan marhaen.

Ulasan

Paling hampir naratif BS mirip dengan Gubra Yasmin Ahmad. Gubra bercerita tentang konflik 2 kelurga, manakala BS kisah tragik 3 wanita dalam hidup berpoligami. Namun satu yang lebih dalam BS ketika ketiga-tiga watak ini dirangkaikan pada hujung cerita. Sangat natural dan bijak berbanding.

Sangat senang menonton BS. Kisah manusia biasa dirakamkan secara jujur, bahkan terlalu jujur. Hampir-hampir saja kejujuran itu menelanjangkan. Hanyanya sebagai naskah kritikan kepada masyarakat saya kita kejujuran itu harus dirancang tidak sampai ke celah-celah ranjang. Sebua filem ‘genre’ drama yang baik pada saya perlu menitikberatkan penapisan.

Tiada ada apa yang perlu dikontroversikan dalam filem ini. Selain dari beberapa adegan selak kain dan isu lesbian, BS tidak sama sekali mengkritik poligami yang dibenarkan dalam Islam. Hanya saja secara tidak langsung perlaksaan poligami itu ditegaskan supaya lebih kemas.

Lakonan

Lakonan ketiga-tiga pelakon wanita ini cukup mantap. Termasuk Shanty dan Dominique, walaupun ‘muka baru’ namun diberi latihan dan tunjuk ajar yang cemerlang.

Tidak perlu marah-marah, menangis-meratap untuk membuktikan seseorang itu pelakon yang baik. Dalam BS kebanyakan babak dilakonka dengan tenang dan separa cerah. Permainan emosi yang baik oleh pelakon-pelakon terutama Jajang dan Shanty.

Perlahan-lahan saya tonton filem ini dengan ayik. Asyik dengan dialog-dialog yang bijak dan natural. Cemerlang.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home