Kemiskinan dan Cara Islam Mengatasinya
Penulis : Yusuf Al-Qaradhawi
Penterjemah : Arsil Ibrahim
Penerbit : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
Kemiskinan dan kemunduran sering dikaitkan dengan umat Islam. Banyak contoh-contoh semasa yang membuktikan betapa benar sebahagian besar umat Islam berada dalam keadaan yang dhaif dan melarat. Senario ini menunjukkan seolah-olah ajaran Islam itu anti pembangunan dan anti kemajuan. Sedangkan realitinya tidak.
Prof Dr Yusuf Qaradhawi melalui naskah ini cuba menyorot kemiskinan dari kaca mata Islam dan penyelesaianya. Penulis juga sempat membuat perbandingan isu kemiskinan dari pandangan aliran kapitalisme, jabariah dan komunis.
Naskah setebal 290 hamalan ini membincangkan secara sepintas lalu padangan Islam terhadap gejala kemiskinan, kemudharatan dan mengemukakan enam saranan bagi mengatasinya.
Enam saranan yang dikemukana Qaradhawi ialah
1. Mengubah sikap individu umat Islam.
2. Tanggungjawab ahli keluarga.
3. Mengembalikan fungsi zakat.
4. Dana Bantuan Perbendaharaan Islam dari berbagai Sumber.
5. Tanggungjawab masyarakat.
6. Sedekah dan simpati masyarakat.
Dari enam saranan penulis banyak berhujjah panjang mengenai zakat dan usaha mengembalikan peranan zakat dalam membangunkan masyarakat. Ini tidak asing lagi bagi beliau yang dikenali dengan magnum opus beliau ‘Fiqh Zakat’.
Walaupun agak ringkas, namun buku ini cukup baik dibaca dan sepatutnya diambil manfaat. Terutamanya kepada institusi yang diamanahkan untuk membangunkan masyarakat luar Bandar dan golongan yang berpendapatan rendah.
Labels: Buku Agama
0 Comments:
Post a Comment
<< Home