e-episode

Saturday, November 18, 2006

Esei : Budaya Ramadhan dan Budaya Syawal

Syawal itu satu bulan dari bulan-bulan Islam. Sama seperti Ramadhan yang melengkapkan 12 bulan dalam Kalendar Islam. Dua bulan ini istimewa kepada Orang Islam (terutamanya Melayu). Syariat meraikan Ramadhan termaktub sebulan. Puasa dan ibadah sepanjang Ramadhan dikira berbeza dari bulan-bulan lain. Tapi syariat berhari raya bagaimana?

Hanya 1 Syawal kita dilarang berpuasa. Kemuadiannya lagikan kita dituntut berpuasa lagi 6 hari dalam syawal untuk mendapatkan mata bonus. Meraikan Ramadhan (baca : puasa) fardhu tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan. Tetapi meraikan Syawal tidaklah fardhu tiap-tiap hari melainkan satu hari sahaja yakni 1 Syawal. Tidaklah pula dapat ditemukan larangan meraikan hari raya dalam hari-hari Syawal yang lain. Sebab hingga hari minggu ini masih lagi ada orang yang membuka pintu rumahnya untuk ‘rumah terbuka syawal’. (Khabarnya ada satay dan ‘spageti). Bahkan ‘rumah terbuka’ hari-hari lain dalam bulan-bulan lain pun belum ada kitab yang kata benda itu dikategorikan sebagai benda baharu yang diada-adakan. Bakar lemang, kacau dodol mahupun anyam ketupat bila-bila masa pun boleh. Boleh saja dikomersialkan. Imam Tun Seri Lanang tak pernah larang dalam Kita Tarikh Melayu.

Sayang 1000 kali sayang. Puasa dan raya hanya tinggal lapar dan selera. Makni ini masih belum kita ketemukan dalam tradisi berpuasa dan beraya masyarakat melayu (khususnya di Malaysia). Kalau menjelang Hari Natal kedai buku berlumba-lumba mengadakan promosi kerana penganur agama krsitian gemar menghadiahkan buku (yang kononnya dibei oleh Santa Clause). Muslim di Indonesia tahun-tahun belakangan ini sudah mula membudayakan membaca dalam bulan Ramadhan. Puan Ainon Muhammad, Pengerusi PTS mengesahkan scenario ini lantara peningkatan mendadak jualan buku agama pada bulan Ramadhan. Sebaliknya beelaku di Malaysia. Jualan buku pada bulan Ramadhan jatuh mendadak. Budaya membaca dikalangan rakyat kita (yang kononnya lebih membangun dari Indonesia) sangat mendukacitakan.

Anak-anak kecil kita apa yang dibeli dengan duit raya mereka? Saya setiap tahun semasa kecil mengumpul duit raya dengan satu hasrat. Membeli sekotak pensel warna luna 48 batang. Tapi itu dulu. Sekarang koleksi buku peribadi saya sudah mencecah ratusan buah (tidak termasuk buku rujukan sekolah dan universiti.. DVD lebih 100 judul. Dan sekarang saya sedang merancang untuk menambah koleksi buku-buku maktabah (perpustakaan) di sekolah lama saya. Tempat jatuh kan lagi dikenang. 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home