Buku : Cukup Wang Hati Tenang
Penulis : Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
Penerbit : Al-Ameen Service Holding
Halaman : 294 mukasurat.
Akhir-akhir ini semakin banyak buku-buku perancangan kewangan ditulis oleh pakar motivasi kewangan tempatan. Ini menandakan rakyat Malaysia sudah mula celik untuk merencanakan pendapatan masing-masing. Selepas Azizi Ali dan Chef Li muncul Hajah Rohani dengan buku motivasi kewangan. Hajah Rohani sebenarnya bukanlah tokoh baru dalam dunia kewangan. Saya mengenal penulis sejak mula beliau menerajui ASNITA melalui Hijrah Unit Trust. .
"Cukup Wang Hati Tenang" CWHT sebuah buku yang baik. Kupasan penulis dalam buku ini menyeluruh bermula dari mengenal pasti masalah kewangan, merancang perbelanjaan, pelaburan, pengurusanhutang, simpanan, perlindungan takaful, hinggalah kepada zakat dan sadaqah (perkara yang jarang disebut oleh kebanyakan penulis buku motivasi kewangan). Ianya menyeluruh.
align="justify">Penulis membawa perspektifnya sebagai seorang wnaita menjadikan tulisan ini praktikal dan mudah di fahami. Pun begitu secara teknikal ianya masih tidak jelas. Terutamanya bahagian pengiraan cukai dan zakat. Penulis tidak membawakn data-data yang lengkap dan terperinci tanpa sumber yang jelas. Kebanyakan darinya diambil secara rawak dan dibuat secara andaian. Ianya nampak tidak konsisten.
Secara keseluruhannya buku ini masih sebuah buku yang baik. Mesti baca disamping bukubuku motivasi kewangan yang lain. Satu kelebihannya ialah, buku ini menyeluruh dan islamik.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home