Teater - Monolog
Tempat : Taman Budaya
KedahTarikh : 26 Mac 2005
Siapa yang mementaskan tetater monolog ini saya kurang periksa. ada disebut nama-nama penggerak teater di akhir pementasan, cumanya saya kurang endah. buat masa ini, itu tidak penting.
Ini pementasa teater yang pertama saya saksikan seumur hidup. Ketika saya mash di Jb lagi beberapa penggerak teater yang saya temui sempat mempelawa untuk menyaksikan persembahan teater di sana. kebetulan teater monolog juga. Namun sayang seribu kali sayang, kesempatan itu masih belum juga kunjung tiba hinggalah saya tiba di Darul Aman (baca : Kedah) sini. (Johor mengikut istilah orang Johor membawa maksud Johor Bahru, di sini Darul Aman bukan merujuk Kedah, akan tetapi merujuk kepada satu tempat yang di namakan Darul Aman berdekatan Jitra).
Tangapan saya, persembahan teater lebih memerlukan pelakon yang benar-benar baik dan berkesan berbanding dengan persembahan dalam drama tv atau filem. Ini tersangka benar. benar bukan sahaja berdasarkan pembacaan saya terhadap ulasan dan kritikan orang, akan tetapi saya sendiri kagum dengan tahap lakonan dan penghayatan pelakon-pelakon berbanding dengan kebanyakan lakonan dalam drama atau filem tempatan. Walaupun tidak cemerlang.
Sebagai sebuah teater ‘negerian’, saya kira tidak adil jika saya membicarakan soal props, kostum mahupun solekan. tema yang di bicarakan pada saya tidak begitu menarik dan sedikit lapuk. soal memperwirakan jebat dan mempertikaikan kesetiaan tuah yang tidak berbelah bagi pada sultan. ada sedikit tema keadilan cuma diangkat. pada taksiran saya pementasan teater ini agak terlewat 5 atau 6 tahun untuk dipentaskan.
saya saksikan teater ini bersama seorang rakan setugas yang tidak-tahu-apa-apa-tentang-seni (dia hanya tahu menghafal lagu-lagu jepun dan shania twain). bersama puteri-puteri umno yang diundang khas. takjub saya dengan khalayak yang amat menggalakkan di alor setar sini. congak-congak saya anggarkan lebih dari 100 orang yang menghadiri pementasan ini. bacaan awal saya silap. saya sangka hasil seni dan budaya sudah tidak terhirau lagi di negeri utara ini.
apapun secara keseluruhannya, saya suka dengan teater pertama yang saya saksikan. beberapa pelakon memberikan lakonan yang cemerlang. runut bunyi yang menampakkan krew membuat ‘homework’.
saya tunggu lagi, selepas ini kalau-kalau ada lagi pementasa yang bersifat ala-ala percuma ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home