e-episode

Monday, December 13, 2004

Filem - Stepford Wives

Seawal poster filem ini terbit saya sudah memasang hasrat untuk menontonnya di pawagam. Satu sahaja faktornya Nicole Kidman. Filem-filem Kidman yang terakhir punya kelas yang tersendiri. Mulan Rouge, The Hours dan Cold Mountain. Satu sahaja darinya saya belum tonton Cold Mountain. Lakonan mantap Kidman melayakkannya menerima Oscar dan beberapa anugerah lain. Saya mula meminati Kidman sejak dari filem The Others arahan Amenabar. Dan ini sahaja satu faktor yang menarik minat saya untuk menonton Stepford Wives. Saya amat yakin pelakon filem kelas A seperti Kidman tidak akan menerima tawaran berlakon dalam filem yang tidak cerdik.

Stepford Wives ialah sebuah filem satia, komedi, dramatis dan tragik. Kisah seorang wanita bekerjaya yang berjaya yang tiba-tiba dipecat. Untuk mengendurkan kekusutan maka si suami mencadangkan satu perpindahan ke susatu tempat yang diberi nama Stepford. Stepford ialah satu tempat pelik. Di mana setiap keluarga ibarat sebuah keluarga yang amat sempurna dan bahagia. Ketibaan Kidman dan keluarganya banyak meruba suasana. Kidman mula menyiasat apa disebalik semua itu.

Stepford Wives mengingatkan saya kepada filem Down With Love lakonan Ewan McGregor dan Reene Zwy…susahnakeja. Kisahnya berbeza, latarnya juga berbeza. Persamaannya ialah cara pembikin filem ini bercerita. Bagaimana mood filem ini dikembangkan.

Lakonan Kidman cemerlang sekali dalam filem ini. Cumanya mungkin genre filem ini tidak mengizinkan Kidman untuk berman ekspresi. Pun begitu ada beberapa babak yang menampakkan kewibawaan Kidman sebagai pelakon. Antaranya ialah babak-babak akhir di mana Kidman dan suamnya akan menjalani proses menanam implan dalam otak isterinya. Kidman menitiskan airmata yang saya lihat amat tragis dan sadis. Mata Kidman seolah-olah merayu dan memohon simpati dari suaminya. Fuuuh berkesan.

Dan ini menjadikan Kidman tetap pelakon kegemaran saya.

Secara keseluruhannya filem ini saya suka. Ini filem cerdik. Kerana ada unsur dramatis, tragis, konflik dan komedi. Terima kasih kepada sahabat saya Iman kerana sudi membelanjai saya. Walaupun pada mulanya Iman memilih untuk menonton The Exorxist : The Beginning. Mungkin Iman tak tahu yang sebenarnya saya susah nak menonton filem genre seram. Saya bukan penakut, cumanya mungkin saya belum cukup berani untuk ditakut-takutkan. Pontianak Harum Sundal malam saya tonton hanya kerana Shuhaimi. Dan saya tonton filem ini dua kali.

3.5 bintang untuk Stepford Wives.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home