Buku - The Millionaire In Me
Judul : The Millionaire In Me
Penulis : Azizi Ali
Penerbit : Truewealth Sdn. Bhd.
Halaman : 192 muka surat
Harga : 34.90
Entah kenapa tiba-tiba saya berminat untuk membaca buku-buku kewangan. Saya mula menanamkan azam untuk membaca semua buku-buku Azizi Ali. Begitu juga dengan buku-buku Robert Kiyosaki (betul ke ejaannya). Saya pernah terserampak dengan Azizi Ali di Kinokuniaya KLCC ketika itu beliau sedang dalam satu program di sana.
Buku-buku beliau ditulis (setahu saya) dalam dua bahasa. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya tidak pasti yang mana satu edisi asal dan yang mana satu adisi terjemahan. Saya meilih untuk membaca dalam Bahasa Inggeris. Kerana pada saya ada istilah-istilah yang lebih tepat dalam Bahasa Inggeris.
Azizi sendiri menyimpulkan buku ini sebagai buku bagaimana membina kekayaan dengan kata lain jutawan dan dalam pada masa yang sama seorang perkerja yang makan gaji. Perlu diingat, di Malaysia jutawan masih lagi seorang yang kaya, akan tetapi tidak di Indonesia dan negara-negara yang nilai matawangnya rendah. Oleh itu ianya perlu dibezakan.
Saya setuju untuk mengatakan bahawa buku ini bagus. Teknik dan tips yang dibentangkan mudah difahami dan dipraktiskan. Ini kerana, menurut Azizi juga, beliau menulis buku ini dari aspek orang yang tidak punya latar belakang kewangan. Idea beliau untuk menjadi jutawan dan dalam masa yang sama berkerja makan gaji amat menarik dan praktikal. Juga kurang berisiko.
Apapun pada saya, yang paling penting yang ditekankan dalam buku ini ialah disiplin pengurusan kewangan peribadi. Saya amat terkesan apabila beliau menyebutkan jika kita tidak mampu mengurus wang berjumlah RM 1000.00, maka bagaimana kita mampu menguruskan wang berjumlah RM 1,000,000. Disiplin diri amat penting. Tambah beliau lagi seorang jutawan ialah orang biasa yang berpendapatan luar biasa namun masih berbelanja seperti orang biasa.
Azizi kini kolumnis majalah kewangan ‘Personal Money’. Majalah ini laris dipasaran sekarang ini. Kalau masyarakat Cina di Malaysia boleh berbangga dengan Lillioan Too dengan Feng Shuinya, saya kira Azizi Ali juga boleh jadi inspirasi kepada kaum Melayu untuk mula melangkah.
Saya bercita-cita dan berazam untuk menjadi jutawan dalam usia 35. Tun Daim Zainuddin masih jutawan melayu termuda dalam usia 29 tahun. Cuma sayang…. Masih terlalu ramai orang yang langsung tidak bercita-cita dan berazam untuk berjaya. Banyaknya berangan. Lebih malang lagi ada yang langsung tidak pernah terlintas untuk itu semua. Cukuplah dengan apa yang ada. Redha dan pasrah. Tunggu di syurga.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home