e-episode

Saturday, September 11, 2004

Buku - From Boyhood to Manhood ; Men's Health Issues

Judul : From Boyhood to Manhood ; Men's Health Issues Penulis : Prof. Peter H. C. Lim & Dr. P. Moorthy Penerbit : Times Edition M/surat : 110

Entah kenapa dan mengapa tiba-tiba buku ini yang saya pilih untuk dibaca. Selepas membaca 1515 sebuah karya kreatif dan pada masa ini juga saya sedang menghabiskan Kenang-kenangan Hidup oleh Hamka, jadi saya perlukan sebuah buku yang lebih bersifat akademik tetapi tidak terlalu tebal. 'From Boyhood to Manhood' saya jumpa ketika mengemas rak 'health' di kedai buku tempat saya bekerja. Dalam masa yang sama mungkin saya boleh menguji keupayaan membaca dalam bahasa inggeris saya.

Buku ini membincangkan proses pendewasaan seorang lelaki dari kanak-kanak (bahkan diceritakan dari bayi lagi) hinggalah ke alam dewasa (tua). Fokus perbincangan buku ini lebih kepada isu kesihatan lelaki dan berlatarbelakangkan sampel dari Singapura. Ini kerana banyak contoh-contoh khusus dirujuk kepada kajian kes di Singapura. (Buku ini dicetak di Singapura dan Kedai Buku Popular ialah syarikat Singapura).

11 sub topik dalam buku ini merangkumi (1) The Growing Boy, (2) Turbulent Adolescene, (3) The Perils Of Being A Young Male, ..., (10) Male Incontinence, (11) Male Vanity dan yang lebih penting di akhir buku ini penulis menyenaraikan buku-buku yang dicadangkan untuk dibaca.

Selain memahirkan saya berbahasa inggeris (sebenarnya tidak kerana buku akademik selalunya sarat dengan istilah teknikal), banyak perkara baru yagn saya pelajari dari buku ini. Antara yang suka saya beri perhatian ialah isu kesihatan kelamin lelaki, memperbaiki keupayaan seks dan 'monopouse' lelaki. Meskipun ianya tidak dibincangkan secara terperinci, namun pada saya ianya amat memadai tatkala warga lelaki lalai dengan kesihatan masing-masing. Inilah fakta yang segan untuk diakui oleh kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita.

Apapun saya sangat -sangat menyarankan buku ini untuk dibaca. Tapi sayang walau hanya dengan ketebalan 110 muka surat, harganya tidak senipis halamannya ; RM 29.70. Kalau saya, saya takkan beli buku ini, tapi sekarang saya pinjam.

Selamat datang ke Kedai Buku Popular! (<--- ini iklan)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home