e-episode

Friday, August 20, 2004

Filem : M. Night Shyavalan’s The Village

Judul : M. Night Shyavalan’s The Village
Pengarah : M. Night Shyavalan

A.Wahab Hamzah dalam kolumnya di berita harian sudahpun mengulas filem ini. Barulah saya tahu bahawa M. Night Shyavalan juga yang mengarah filem The Six Sense (Bruce Wilis) dan Sign (Mel Gibson). Memang tidak silap saya memilih menonton filem ini di Tanjung Golden Village, Suria KLCC bersama asri si kawan baru.

The Village seperti jangkaan saya ialah sebuah filem seram ‘thriller’ dan bukan cerita hantu. Saya bukanlah penggemar filem-filem seram terutamanya cerita hantu. Lebih-lebih lagi filem-filem genre seram dari Korea. Ini kerana filem seram (dibaca : hantu) berupaya membuatkan saya trauma untuk beberapa hari. J. Akan tetapi tanggapan ini tidak kepada filem seram ala-hollywood. Kerana, filem hollywood berteraskan rasional.

Seawal babak pertama lagi saya cuba meneliti ‘trick’ yang mungkin disembunyikan. Dan saya amat yakin filem ini akan dirasionalkan semula dititik akhir. Dan nyata jangkaan saya tidak silap. Saya tidak berhasrat menceritakan semula apa yang cerita dalam The Village ini. Sidang pembaca boleh sahaja membacanya dari ulasan-ulasan yang lain baik dari akhbar ataupun catatan blog peribadi.

Johan Jaafar pernah memberi kredit kepada filem Titanic sebagai filem yag nostalgik, maka saya pun ingin menyatakan bahawa menonton The Village memberi saya rasa nostalgik. Rasa ini juga yang saya alami ketika menonton filem The Missing (Tommy Lee Jones & kate Blancett).

The Village lebih dari sekadar cerita sekumpulan manusia yang hidup mengasingkan diri dan mencipta mitos. Jiwa filem ini besar. Ia sarat dengan isu percintaan, semangat untuk hidup, manusia yang cuba lari adri kenyataan, persahabatan, cemburu dan banyak lagi.

Lakonan pelakon-pelakonnya walaupun ada yang masih baru pada saya cukup mantap. Terutamanya lakonan Ivy Walker, seorang wanita buta disamping lakonan mantap lelaki tak cukup akal Andrew Broody pemenang oscar untuk filem The Pianist.

The Village adalah filem cerdik yang nostalgik. Bintang 3.5/5

0 Comments:

Post a Comment

<< Home