e-episode

Friday, September 10, 2004

Buku - Memupuk Bakat & Minat Penulisan Kreatif

Judul : Memupuk Bakat & Minat Penulisan Kreatif ; Teori dan Proses Penulis : Dr. Fatimah Busu Penerbit : PTS Publication & Distributor Halaman : 244 Harga : RN 22.00 Tahun : 2003

Ini kali kedua saya menulis ulasan buku ini. Kerana tulisan pertama saya terpadam tanpa sempat diselamatkan setelah kawan saya memformat komputernya. Alahai kisah.

Saya tak kenal siapa wanita Fatimah binti Busu sebelum membaca buku ini. Faktor yang mendorong saya memilih buku ini adalah kerana penulisnya ialah seorang wanita dengan gelaran Dr. Juga kerana kerana judlunya yang nampak akademik dan memberi harapan. Sebelum apa-apa kesimpula yang saya nak buat ialah buku ini mungkin boleh dikatakan mampu memupuk bakat dan bukannya minat dalam penulisan kreatif. banyak teori dan sedikit proses. Apapun jujurnya buku ini masih dalam kategori yang baik memandangkan tuisan sebegini amat kurang dalam bahasa melayu.

Menurut Dr. Fatimah Busu buku ini ditulis dalam tahun 1982 lagi dan kemudian dijadikan tesisnya. Dan yang perlu dicatatkan disini ketika buku ini ditulis saya mungkin belum lahir lagi ataupun sedang dilahirkan.

Antara beberapa bahagian sub topik yang saya kira perlu saya catitkan disini antaranya ialah sumber dan bahan inspirasi, teknik penulisan, stail penyampaian, plot, latar, nada dan mengenal fiksyen. Saya suka bahagian terakhir. Dalam bahagian mengenal fiksyen, Dr. Fatimah Busu sempat titipkan secara ringkas mengenai karya-karya yang bagus-bagus.

Saya sempat mencatat beberapa karya yang disebut dalam buku ini. Antara yang sempat saya ingat dan kerap kali disebut oleh Dr. Fatimah ialah Iakah Salamah : Ahmad Rashid Talu, Anak Mat Lela Gila : Ishak Haji Muhamad, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman : Dr. Anwar Ridhwan, Salina, Langit Petang : A. Samad Said, juga beberapa karya sasterawan kegemaran saya, Tunggul-tunggul Gerigis : Shahon Ahmad dan banyak lagi.

Saya puas membaca buku ini. Saya berazam untuk membaca lebih banyak karya kreatif. Saya nak carik novel-novel dari Indonesia terutamanya Iwan Simatupang dan akan menghabiskan membaca novel Atheis (juga disebut dalam buku ini ).

Akhirnya, banyak benda yang saya pelajari (secara teori) dalam buku ini. Sukar untuk saya praktiskan semuanya seklaigus. Apapun saya akan berusaha untuk belajar dan belajar lagi untuk memperbaiki mutu tulisan saya

1 Comments:

  • Kenapa kosong je bahagian komen ni? Tulisan sdr menarik, pasti ada yang mengulas dan mengomen.

    Cubalah hasilkan tulisan, saya pasti ia akan berjaya tidak lama lagi.

    By Blogger U-HAH, at 8:40 AM  

Post a Comment

<< Home