e-episode

Tuesday, September 21, 2004

Buku - Atheis

Jodol : Atheis Penulis : Achdiat K Mihardja Halamn : 230 muka surat Penerbit : Penerbit Abbas Bandong
Buku tulisan penulis berkaliber dari seberang ini diberikan oleh Yanz ketika dia melawat saya tempoh hari. Memang buku ini telah beberapa kali dilihat di pameran-pameran buku. Tetapi saya tidaklah menyangka bahawa buku ini sebuah novel sebab tajuknya menggambarkan ia sebagai sebuah buku teologi. Harganya yang tertera di muka surat ketiga hanya $ 5.00 sahaja. Ceritanya berkisar di zaman kependudukan Jepun di Bandung. Menceritakan tentang perjalanan spiritual Hasan seorang yang Religus dan Mistikus kepada seorang Atheis apabila dia banyak mengadakan pergaulan dengan sekelumpok manusia yang moderat iaitu Rosli, Kartini dan Anwar. Justeru kemudiannya Hasan meninggalkan peganggannya dan amalan sufinya. Sejak dari pergaulannya dengan kelompok moderat itulah cerita ini dikembangkan dengan begitu baik, bahasa yang spontan tetapi penuh dengan estetika. semua watak dibangunkan dengan berkesan serta seolah-olah benar-benar hidup. Penulis buku ini namanya besar, menjadi penulis yang ulung di Indonesia kemudiannya mengajar di Universiti di Australia dalam Kesusateraan Bahasa Indonesia. Maka dengan ini bermakna bahawa di dalam buku ini pasti terkandung perlbagai ilmu terutamanya ilmu kemasyarakatan, sekte-sekte pemikiran dan banyak lagi. Kepandaiannya sebagai penulis ulung memang tidak dapat diragui lagi; pembaca akan tertanya-tanya - apa akan terjadi pada Hasan? Apakah dia tetap akan menjadi Atheis yang mengatakan Tuhan itu adalah bikinan manusia yang kesempitan atau dia kembali kepada Tuhan yang Menciptakan? Mungkin bagi kebanyakan pembaca di Malaysia tidak akan meminati buku ini kerana ia ditulis dalam bahasa Indonesia [walaupun penerbit telah berusaha untuk memberikan nota kaki dalam Bahasa Malaysia], mungkin juga kerana kulitnya sudah lusus lantaran ia dicetak pada tahun 1960. Tetapi walaupun begitu, keseronokan membaca buku yang sering disebut-sebut namanya ini tidak akan terganggu kerana jalan ceritanya yang menarik. Apapun buku dengan mauduk besar ini yang ditulis oleh orang besar ini memang patut dibaca. Ia banyak membebaskan minda kita dari pemikiran jumud serta memantapkan kita dengan keberadaan Tuhan. Dan sebagai satu pendoman dalam meningkatkan lagi kemahiran menulis bagi sesiapa yang minat untuk menulis. Saya tidak tahu apakah buku ini masih diulang cetak dengan menggunakan Bahasa Melayu. tetapi saya berazam untuk memiliki sendiri buku ini dengan mencarinya di toko-toko buku nanti. Mungkin akan ditemui di Pustaka Indonesia di Wisma Yakin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home