Filem - Kiamat Sudah Dekat
Dua filem Indonesia sedang ditayangkan. Ungu Violet dan Kiamat Sudah Dekat (KSD). Dari segi promo Ungu Violet lebih gempak dengan bintang Dian Sastro.
Ungu Violet saya belum tonton. Saya berkesempatan menonton KSD. Saya tidak memilih untuk menonton filem ini. Sekadar menemankan seorang kawan.
Sekilas pandang KSD ialah sebuah filem cinta. Akan tetapi bukan kisah cinta biasa akan tetapi kisah cinta yang menginsafkan. Demi mendapatkan gadis idaman (Sarah) cinta membawa seorang pemuda yang jahil (Fandy) kepada agama.
Tag line 'kiamat sudah dekat' secara tersuratnya dapat dicerap dari alasan mengapa si Fandy sembahyang. Katanya kiamat sudah dekat. Secara tersiratnya memang pengarah ingin beritahu kepada penonton bahawasanya kiamat memang sudah sangat dekat. Hinggakan Fandy tidak tahu agamanya sendiri. MasyaAllah.
Separuh masa pertama filem ini agak membosankan. Seperti sebuah cerita kampung yang selayaknya dijadikan drama swasta. Namun masuk separuh masa kedua saya membetulkan duduk saya. Sunguh-sungguh filem ini menyentuh dan menginsafkan.
Ia mengingatkan saya kepada filem Kemarau Cinta. Bukan filem falsafah @ drana yang berat. Sarat dengan mesej namun masih ringan dan komedik.
Menyesal adi tak tengok.
1 Comments:
aku paling suka scene di jeti tu.
waktu dia memohon pada tuhan agar dibukakan hati bapak cewek yang mahu dimiliknya.
Menyentuh sangat scene tu.
Tapi kalau di Malaysia filem ini silap-silap dipotong cincang isinya.
Menghina islam katanya.
http://coretperkataan.blogspot.com
By ahmad, at 10:52 PM
Post a Comment
<< Home