e-episode

Tuesday, April 25, 2006

Filem : Gubra

Ulasan Gubra. Seperti yang diminta oleh encik kurdawy.

Gubra sememangnya filem yang saya nanti-nantikan. Bukan kerana ingin tahu apakah kesudahan @ sambungan filem sebelumnya ‘Sepet’. Akan tetapi kepingin melihat sesuatu yang lain dan indah. Sesal sungguh kerana saya hingga ke hari ini masih belum sempat menonton filem ‘Rabun’ juga bikinan Yasmin. Sebelum ini setiap kali tiba musim keraian dan perayaan saya akan tertunggu-tunggu iklan-iklan tajaan Petronas yang selalunya dibuat oleh Yasmin.

Akhirnya saya menonton Gubra. Seperti yang diketahui umum Gubra merakamkan dua buah cerita yang berbeza dalam satu gulung filem dengan satu judul. Apapun saya masih lagi berprinsip apa-apa filem sekuel, sekuel pertama adalah lebih baik berbanding. Kecuali LOTR dan siri Harry Potter. Kebanyak filem sekuel termasuk filem melayu akan menjadi lebih kompleks berbanding siri yang pertama. Ini terjadi pada Pontianak Shumi dan Maria-Mariana juga kes Gubra. Jadi saya lebih suka Sepet berbanding Gubra.

Pada saya yang menarik dalam sentuhan Yasmin ialah perspektif melihat sesuatu perkara. Dalam Sepet saya lebih mengingati dan terkesan dengan babak-babak Adibah, Ida dan Harith.

Sama juga dalam Gubra. Saya tidak menantikan watak-watak Aleeya dengan suaminya mahupun ‘teman lekakinya’.

Sekali tonton terasa seperti menonton drama televisyen RTM untuk beberapa babak yang nampak sangat melayunya. Tetapi secara keseluruhan Gubra masih berada dalam kelasnya yang tersendiri. Mungkin benar bagai apa yang dikatakan oleh seorang wartawan akhbar perdana, Yasmin tidak mendidik, mahupun mengajar dalam kelas-kelas filemnya, bahkan Yasmin hanya melaporkan @ merakamkan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Ini juga dipersetujui oleh Yasmin secara tidak langsung lewat tulisan dan ucapannya.

Dek kerana kejujurannya maka Yasmin dihentam teruk. Kejujuran ada sesuatu yang sangat berharga. Jika orang yang paling jujur melaporkan “Encik Karam Singh Walia” juga bukanlah orang yang disenangi dengan kejujuran dan kebaraniannya. Yasmin juga menerima nasib yang sama.

Hinggakan satu forum khas berbincang soal sepet dan gubra terhadap pencemaran budaya melayu. Akmal Abdullah dan Raja Azura mengecam hebat Yasmin. Hanya Hassan Muthalib nampak apa yang cuba ditayangkan. Rosyam Nor yang tak pernah berkeja dengan Yasmin turut tumpang semangkuk. Walaupun sepatutnya sebagai moderator amatlah tidak professional kelakuan itu. Jangan lupa Rosyam pelakon professional lagi popular. Sayang bukan pengacara terbaik.

Kenapa Yasmin dikecam. Saya ada jawapannya. Yasmin melanggar 2 pantang larang orang melayu yang paling dipegang kukuh. Bukan lalu di bawah penyidai. Bukan anak dara menyanyi didapur. Bukan. Apa dia?
1. Anjing dan babi. Yasmin benarkan orang melayu memegang anjing. Dan Yasmin juga benarkan orang melayu masuk restoran Cina dan menghidu zat dan aroma babi. Itu dibahaskan panjang dalam kitab pantun dan pepatah melayu. Imam-imam melayu dah sepakat menghukum 2 makhluk ciptaan Tuhan ini haram. Jangan disentuh apatah lagi di makan. Sebut pun kalau buleh jangan. Sebut khinzir. Nak berjudi, nak berasuah, nak beronggeng, nak

2. Punggung. Bab bukak punggung. Bukak bahagian lain tak mengapa. Pusat, buah dada, betis, paha. Berkembanlah ke Anugerah Apa-Apa Pun, berskirtlah di Majlis Maulud Nabi takpa. Tapi bab tunjuk punggung jangan. Kerana termaktub punggung orang melayu hitam.. Karena belum ada lagi produk Fair & Lovely ataupun apa-apa cap kecantikan pun yang mampu memutihkan punggung. Berbahasa Inggeris buleh, ber chit-chat di internet suma sudah buleh, bermakan stik menggunakan sudu dan garfu sudah fasih akan tetapi satu rahasia yang masih terpendam ialah punggung yang masih hitam. Dan orang melayu cukup aib mengenangkan satu perkara ini.

Kak Yasmin harus ambil iktibar!!!