e-episode

Wednesday, July 21, 2004

Buku : Ceritalah 2

Judul : Ceritalah 2 ; Menjajat Asia Tenggara
Penulis : Karim Raslan
Halaman : 271 muka surat
Penerbit : Times Book International

Buku Karim Raslan ini merupakan buku pertama yang saya habiskan membaca ketika kerja. Inilahnya tuah bekerja di kedai buku. Selepas ini saya akan sambung membaca 1511 karya Faisal Tehrani pula.

Buku ini merupakan koleksi tulisan Karim Raslan yang disiarkan dalam akhbar tempatan dan antara bangsa. Sebelum Ceritalah 2, Karim sudah pun menerbitkan Ceritalah 1. Tapi saya masih belum khatam ceritalah 1. Secara kasarnya ceritalah 1 berlatar belakangkan Malaysia dan Ceritalah 2 lebih bersifat antara bangsa (Asia Tenggara). Tulisan-tulisan Karim dalam Ceritalah diklasifikasikan dalam beberapa bab.

Ceritalah 2 dibahagikan kepada beberapa sub bab. (1) budaya dan masyarakat, (2) manusia dan tempat, (3) jiwa politik, (4) seni lukis dan sastera. persoalan yang disorot meluas dan sejagat. dari cerita Dr. Mahathir, Pak Lah, Michell Yeoh, UMNO hinggalah krisis politik di Australia.

Sebagai seorang peguam saya kira analisis dan pengamatan Karim Raslam tajam dan rasional. Pandangan dan ulasan Karim dalam tulisan-tulisan beliau menampakkan kematanngan dan keterbukaan beliau yang sama-sama mendewasa bersama massa. Karim tidak gentar menilai semula pendirian beliau dalam beberapa isu. Membaca tulisan Karim membuatkan saya berfikir. Ada lontaran idea yang bernas lagi berani. Kebaraniaanya itu mungkin kerana karim seorang peguam.

Perjalanan minda dan jasmani Karim jauh dan meluas melewati batas geografi, kepercayaan dan etnik. beliau mampu mengulas hampir tentang apa sahaja dari perspektif beliau. Namun begitu ada kala dan ketikanya tulisan karim terlalu bersifat peribadi dan tidak mendalam. Hujah Karim dalam beberapa isu nampak dangkal dan semberono. Saya tidak maksudkan Karim tidak membuat kajian, namun mungkin kajian yang dilakukan tidak cukup mendalam.

Apapun itu tidak mengurangkan minat saya utuk terus membaca tulisan Karim Raslan. Saya hanya bertemu Karim dalam Ceritalah dan Ceritalah 2, disamping kolum bulanan beliau dalam majalah Dewan Masyarakat. Kalau ada sesiapa yang boleh catatkan buku-buku lain hasil tulisan Karim, amatlah dihargai. Alangkan baiknya kalau Karim dapat menulis sebuah buku yang lebih fokus dan mendalam tentang sesuatu idea dan pandangan beliau.

Maaflah kalau saya sebenarnya tidak mengulas buku Ceritalah 2. Saya sebenarnya lebih mengulas penulis Ceritalah 2. Tidak mudah mengulas ulasan orang lain. Dan saya harapkan abby dapat ulas juga buku Ceritalah 2 ini.