e-episode

Monday, January 29, 2007

Wacana Gerak Andalusia

Zaman Keemasan Sains Islam di Andalusia : Satu Pengarajan bagi Malaysia
Osman Bakar, PhD
Profesor Emiritus Universiti Malaya
Profesor Pemikiran Islam, ISTAC, UIAM

Semenanjung Iberia di bawah pemerintahan Islam, yang meliputi dua buah negara moden, iaitu Sepanyol dan Portugal, terkenal dengan nama Andalusia. Pemerintahan Islam di Andalusia dapat bertahan hampir selama lapan kurun (711-1492) walau pun wilayah kekuasaannya terus-menerus mengecil selepas kurun ketiga belas. Kehadiran Islam di Andalusia sebagai agama, sebagai umat, sebagai negara dan sebagai tamadun telah meninggalkan dampak signifikan ke atas peradaban Eropah khususnya dan peradaban dunia amnya. Sepanyol dan Portugal di bawah Islam menjadi wilayah termaju di Eropah dalam segenap bidang kehidupan.


Salah satu pencapaian terpenting Andalusia ialah dalam bidang sains dan teknologi. Ilmu dan budaya saintifik berkembang maju dengan pesatnya di bumi Andalusia selama lebih kurang empat kurun, iaitu dari kurun kesepuluh hingga ke kurun ketiga belas. Kurun-kurun kesebelas dan keduabelas bolehlah dianggap sebagai zaman keemasan sains Islam di Andalusia. Dua puluh tokoh saintis Muslim terkemuka di Andalusia hidup dalam tempoh dua kurun tersebut. Di antaranya ialah al-Zahrawi, Ibn Bajjah, Ibn Rusyd, Ibn Tufail, al-Bitruji dan al-Idrisi. Dalam tempoh waktu tersebut Andalusia merupakan di antara pusat aktiviti sains dan teknologi termaju di dunia.


Ada perbagai faktor yang telah menyumbang kepada kemajuan sains di Andalusia. Di antaranya termasuklah iklim intelektual dan keagamaan yang sihat, peranan penterjemahan, sains polisi Negara dan penaungan aktiviti saintifik. Pengalaman Andalusia mempunyai mesej penting bagi Malaysia kontemporari. Andalusia merupakan sebuah Negara majmuk seperti mana Malaysia hari ini. Di bawah naungan pemerintahan Islam, umat Islam, umat Kristian, dan umat Yahudi telah berjaya menunjukkan bahawa mereka mampu membina sebuah budaya dan sebuah tamadun sepunya di atas landasan nilai-nilai universal yang sememangnya diperjuangkan oleh agama Islam. Sememangnya ada banyak perkara yang boleh dipelajari oleh Malaysia daripada saisn Islam di Andalusia. Bagi Malaysia khasnya dan bagi umat Islam sedunia amnya, Andalusia telah menunjukkan jalan bagaimana Islam sekali lagi dapat menjadi sumber inspirasi kepada kemajuan sains di dalam kontekas masyarakat atau dunia yang bersifat majmuk dan pluraistik. Dalam ceramah saya nanti saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut lagi bagaimana pengalaman Andalusia boleh dijadikan teladan dan sempadan oleh Malaysia.


(petikan abstrak Wacana Gerak Andalusia)


Anjuran : Sekretariat Falsafah dan Sains Islam, Pusat Pengajian Ilmu Islam USM
Tarikh : 26 Januari 2006
Tempat : Dewan Persidangan Univ. Sains Malaysia

Labels: ,

Wednesday, January 03, 2007

Ayah Kita Bos

Penulis : Tok Rimau & Sinaganaga
Pengantar : Mat Jan

Tahun : 2006
Mukasurat : 160

Medley Ceritera Rakyat Baru

Anekdot

Penulis buku ini Sinaganaga dan Tok Rimau, dua penulis weblog yang diiktiraf antara yang terbaik di kalangan penggermar weblog tempatan. Weblog adalah jurnal peribadi atas lama sesawang …

Ayah Kita Bos adalah sebuah lopak wacana yang dalam sehingga membolehkan operasi penyelaman teksual dibuat.

Perjalanan mereka penuh ranjau duri, dan belon pelbagai saiz dan warna.

Ulasan

Anekdot di atas dikutip dari kulit belakang AKB. Sendat dan tepat. Tidak memerlukan ulasan lanjut.

Secara peribadi saya lebih senang dan lancar membaca bab-bab dari tulisan Tok Rimau berbanding Sinaganaga yang kebetulan saya baru kenal tulisannya melalui naskah ini. Saya berkenalan dengan tulisan Tok Rimau kira-kira 3 tahun yang lalu dan kerap mengikuti kemaskini blognya. Laras bahasa kedua-dua penulis ini mudah, menggunakan bahasa melayu tinggi dan sangat kurang melakukan kesalahan tatabahasa. Dan budaya patuh kepada peraturan berbahasa inilah yang saya kira menjadi satu faktor penting mengapa saya minat dengan tulisan kedua-dua penulis ini. (Dan saya kira ramai orang bersetuju dengan kenyataan ini, dan saya sangat berharap begitu).

Walaupun saya bersetuju dengan ‘lesen berkarya’ yang mengizinkan perlanggaran tatabahasa dilakukan, namun ia bukanlah kebenaran untuk melakukan kesalahan sesuka-hati tanpa batasan di mana jua anda berada. Bahasa adalah medium penyebaran mesej. Sungguh malang dan amat menyedihkan kerana terdapat banyak (bahkan sangat banyak) penulis (blog mahupun buku ; terutamanya novel popular) yang senang-senang membenarkan kesalahan-kesalahan bahasa (bahkan yang teramat mudah dan ketara disengajakan) bermaharajalela dalam karya mereka. Sedangkan mereka masih mengisytiharkan diri mereka melayu (sebenarnya tak sedar diri). Kita patut malu pada Uthaya Sankar dan Khoo Khay Kim. Setidak-tidaknya Bahasa Melayu Samyvellu lebih baik.

Justeru Tok Rimau dan Sinaganaga sebagai contoh pengguna bahasa yang baik, kalau tidak cemerlang pun. Iya! Di sana masih terdapat banyak ketidakpatuhan pada peraturan berbahasa, namun jika perbandingan dibuat dengan kebanyakan penulis-penulis blog yang lain.

Saya beli AKB walaupun agak mahal RM20.00 tapi saya kira berbaloi dan sebagai sokongan terhadap dunia perbukuan bahasa melayu. Hidup Melayu. Ooops!. 

Labels: ,

Jibam

Penulis        : Ujang
Penerbit     : Creative Enterprise
Tahun         : 2006
Cetakan      : Ke-Sembilan
Mukasurat : 186

Anekdot

Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia di sambut bukan di pesta besar. Sambutan diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah.

Ini anekdot yang tercatat di belakang kulit novel ini.

Sinopsis

Jibam anak yang unik. Sedikit lembap otak dan fikirannya. Namun mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit. Suman mati terbunuh dalam perut hutan. Dan kematiannya sungguh misteri.

Jibam dimusuhi Tuk Ngah Sudin. Selalu benar Sudin sering memperdajalnya. Dan sesering itulah Jibam dibantai teruk oleh Tok Ngah Sudin.

Jibam juga dibenci Usin Singai. Marahnya Usin Singai memuncak tatkala basikal tuanya dicat biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dalam rebannya pun biru dikerjakan Jibam. Usin Singai menetap di atas tanah Tok Ngah Sudin yang sebenarnya dimiliki oleh Suman.

Dan Jibam, anak yang bodoh alang itu, perlahan-lahan membongkar rahsia kematian ayahnya. Ilmu ghaib yang diwarisi dari ayahnya serta khianat dan dendam kesumat Tok Ngah Sudin dan Usin Singai.

Ulasan

Mengikut definisi seorang ahli panel Bengkel Kajian Novel Popular anjuran DBP baru-baru ini, Jibam saya kategorikan sebagai novel popular. Kerana Jibam merupakan antara novel melayu terlaris. Naskah yang berada di tangan saya adalah cetakan ke-9. Dan Khabarnya sudah lebih 100,000 naskah terjual. Dan yang paling menarik harganya hanya RM11.90. Novel Pop biasanya berkisar latar belakang bandar. Tapi Jibam kanvasnya ialah sebuah kawasan kampong yang sangat pedalaman.

Jibam banyak unsur humor memanfaatkan kebodohan watak utama yakni Jibam sendiri. Ini klise dalam masyarakat Melayu. Mempersendakan orang bodoh, orang pekak, orang tua dan lawak cakap jerit-jerit. Lawak barat ialah lawak bercakap-cakap-mengenai-keburukan-sendiri-selepas-mabuk-todi selain lawak baling-kek-ke-muka serta lawak baling-tepung-buat-kek.

Jibam novel santai yang sarat dengan drama dan konflik dilukis dengan cara yang santai namun masih mengekalkan keindahan bahasa.

Labels: