e-episode

Saturday, August 27, 2005

Filem : Gol & Gincu

Penerbit : Lina Tan Pengarah : Bernard Chauly Lakonlayar : Rafidah Abdullah Perkara pertama yang saya nak kata ialah, bagusnya Rafidah tulis skrip ni. Mula-mula saya baca Afdlin kata filem ini bagus. Mat Jan pun setuju. Banyak lagi pujian. Bak kata Mat Jan, G&G adalah sebuah filem yang 'predictable' mirip Legally Blonde. Pun begitu jalan ceritanya masih kuat dan tidak seperti dibuat-buat mahupun direka-reka. Kisah cinta remaja yang biasa disulami dengan permasalahan sosial yang berat dan nyata. Lakonan yang baik walaupun dibarisi pelakon-pelakon muda dan baru. Pun begitu pemilihan Fazura memegang watak utama filem ini saya rasa kurang tepat. Filem ini akan jadi sebuah filem yang lrbih berjaya, jika teraju utama dipilih dari kalangan pelakon yang belum dikenali. Runut bunyinya juga baik dan teliti. Beberapa lagu ditulis dan dirakamkan semula untuk filem ini. Saya kecewa dengan kebanyak filem di negara kita hanya sekadar mencedok lagu-lagu yang sudah sedia terbit lalu dituang semula ke dalam filem. Satu kerja malas dan caca marba. Satu yang saya tidak berapa berpuas hati, mengapa harus ada petikan lagu-lagi inggeris yang melatari filem ini. Rasanya kalau dihitung-hitung lagu-lagu tempatanpunya koleksi yang tak sedikit untuk dipilih menggantikan lagu-lagi ienggeris tersebut. Atau mungkin ada keperluan lain? Apapun secara keseluruhannya G&G masih sebuah filem yang baik.

Monday, August 22, 2005

Buku : Cukup Wang Hati Tenang

Penulis : Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
Penerbit : Al-Ameen Service Holding
Halaman : 294 mukasurat.
Akhir-akhir ini semakin banyak buku-buku perancangan kewangan ditulis oleh pakar motivasi kewangan tempatan. Ini menandakan rakyat Malaysia sudah mula celik untuk merencanakan pendapatan masing-masing. Selepas Azizi Ali dan Chef Li muncul Hajah Rohani dengan buku motivasi kewangan. Hajah Rohani sebenarnya bukanlah tokoh baru dalam dunia kewangan. Saya mengenal penulis sejak mula beliau menerajui ASNITA melalui Hijrah Unit Trust. .
"Cukup Wang Hati Tenang" CWHT sebuah buku yang baik. Kupasan penulis dalam buku ini menyeluruh bermula dari mengenal pasti masalah kewangan, merancang perbelanjaan, pelaburan, pengurusanhutang, simpanan, perlindungan takaful, hinggalah kepada zakat dan sadaqah (perkara yang jarang disebut oleh kebanyakan penulis buku motivasi kewangan). Ianya menyeluruh.
align="justify">Penulis membawa perspektifnya sebagai seorang wnaita menjadikan tulisan ini praktikal dan mudah di fahami. Pun begitu secara teknikal ianya masih tidak jelas. Terutamanya bahagian pengiraan cukai dan zakat. Penulis tidak membawakn data-data yang lengkap dan terperinci tanpa sumber yang jelas. Kebanyakan darinya diambil secara rawak dan dibuat secara andaian. Ianya nampak tidak konsisten.
Secara keseluruhannya buku ini masih sebuah buku yang baik. Mesti baca disamping bukubuku motivasi kewangan yang lain. Satu kelebihannya ialah, buku ini menyeluruh dan islamik.

Saturday, August 06, 2005

Filem - Kiamat Sudah Dekat

Dua filem Indonesia sedang ditayangkan. Ungu Violet dan Kiamat Sudah Dekat (KSD). Dari segi promo Ungu Violet lebih gempak dengan bintang Dian Sastro.
Ungu Violet saya belum tonton. Saya berkesempatan menonton KSD. Saya tidak memilih untuk menonton filem ini. Sekadar menemankan seorang kawan.
Sekilas pandang KSD ialah sebuah filem cinta. Akan tetapi bukan kisah cinta biasa akan tetapi kisah cinta yang menginsafkan. Demi mendapatkan gadis idaman (Sarah) cinta membawa seorang pemuda yang jahil (Fandy) kepada agama.
Tag line 'kiamat sudah dekat' secara tersuratnya dapat dicerap dari alasan mengapa si Fandy sembahyang. Katanya kiamat sudah dekat. Secara tersiratnya memang pengarah ingin beritahu kepada penonton bahawasanya kiamat memang sudah sangat dekat. Hinggakan Fandy tidak tahu agamanya sendiri. MasyaAllah.
Separuh masa pertama filem ini agak membosankan. Seperti sebuah cerita kampung yang selayaknya dijadikan drama swasta. Namun masuk separuh masa kedua saya membetulkan duduk saya. Sunguh-sungguh filem ini menyentuh dan menginsafkan.
Ia mengingatkan saya kepada filem Kemarau Cinta. Bukan filem falsafah @ drana yang berat. Sarat dengan mesej namun masih ringan dan komedik.
Menyesal adi tak tengok.