e-episode

Saturday, April 02, 2005

Teater - Monolog

Tempat : Taman Budaya
KedahTarikh : 26 Mac 2005
Siapa yang mementaskan tetater monolog ini saya kurang periksa. ada disebut nama-nama penggerak teater di akhir pementasan, cumanya saya kurang endah. buat masa ini, itu tidak penting.
Ini pementasa teater yang pertama saya saksikan seumur hidup. Ketika saya mash di Jb lagi beberapa penggerak teater yang saya temui sempat mempelawa untuk menyaksikan persembahan teater di sana. kebetulan teater monolog juga. Namun sayang seribu kali sayang, kesempatan itu masih belum juga kunjung tiba hinggalah saya tiba di Darul Aman (baca : Kedah) sini. (Johor mengikut istilah orang Johor membawa maksud Johor Bahru, di sini Darul Aman bukan merujuk Kedah, akan tetapi merujuk kepada satu tempat yang di namakan Darul Aman berdekatan Jitra).
Tangapan saya, persembahan teater lebih memerlukan pelakon yang benar-benar baik dan berkesan berbanding dengan persembahan dalam drama tv atau filem. Ini tersangka benar. benar bukan sahaja berdasarkan pembacaan saya terhadap ulasan dan kritikan orang, akan tetapi saya sendiri kagum dengan tahap lakonan dan penghayatan pelakon-pelakon berbanding dengan kebanyakan lakonan dalam drama atau filem tempatan. Walaupun tidak cemerlang.
Sebagai sebuah teater ‘negerian’, saya kira tidak adil jika saya membicarakan soal props, kostum mahupun solekan. tema yang di bicarakan pada saya tidak begitu menarik dan sedikit lapuk. soal memperwirakan jebat dan mempertikaikan kesetiaan tuah yang tidak berbelah bagi pada sultan. ada sedikit tema keadilan cuma diangkat. pada taksiran saya pementasan teater ini agak terlewat 5 atau 6 tahun untuk dipentaskan.
saya saksikan teater ini bersama seorang rakan setugas yang tidak-tahu-apa-apa-tentang-seni (dia hanya tahu menghafal lagu-lagu jepun dan shania twain). bersama puteri-puteri umno yang diundang khas. takjub saya dengan khalayak yang amat menggalakkan di alor setar sini. congak-congak saya anggarkan lebih dari 100 orang yang menghadiri pementasan ini. bacaan awal saya silap. saya sangka hasil seni dan budaya sudah tidak terhirau lagi di negeri utara ini. apapun secara keseluruhannya, saya suka dengan teater pertama yang saya saksikan. beberapa pelakon memberikan lakonan yang cemerlang. runut bunyi yang menampakkan krew membuat ‘homework’.
saya tunggu lagi, selepas ini kalau-kalau ada lagi pementasa yang bersifat ala-ala percuma ini.

Filem - Sepet

Pengarah : Yasmin Ahmad
Ramai yang dah pun tengok filem ini. Dan akhirnya saya diberi kesempatana untuk menonton filem ini versi vcd. (yang dihadiahkan seorang kepada adi). Dua kali saya tonton. sekali seorang diri dan sekali lagi bersama kawan-kawan. begitu juga dengan filem Kill Bill yang saya tonton dua kali dalam minggu yang sama. mungkin saya tengah bosan.
Ramai pun yang sudah memuji buah tangan kedua Yasmin. Sayangnya saya ketinggalan menonton drama Rabun. Masih mencari kalau-kalau vcd nya sudah diterbitkan. Ramai yang mengakui bahkan Yasmin sendiri bahawa Sepet lebih baik dari Rabun. Tapi setelah menonton Sepet (walaupun belum menonton Rabun) saya rasa (berdasarkan pembacaan) Rabun lebih baik berbanding Rabun.
Kisahnya semua orang tahu. Sepet berkanvaskan cinta pandang pertama (yang disebut-sebut) antara dua bangsa yang berbeza. kanvas ini yang saya tidak berapa gemar. Namun warna-warni dan corat-coret perjalan kisah cinta ini diolah dengan begitu jujur dan baik. kata adi Sepet adalah sebuah filem yang indah dan cantik sinematografi. Ini pada saya yang paling menyerlah (baca : ‘outstanding’) berbanding aspek lain.
Saya tidak kenal Yasmin sebelum ini melainkan melalui filem iklan Petronasnya. Pun begitu saya dapat mengesan gaya pengarahan filem Sepet sedikit-sebanyak dipengaruhi filem-filem Hong Kong. Cara Yasmin me’mute’kan audio tatkala pandangan pertama Jason dan Orked. Ianya benar-benar berkesan dan memberikan penonton peluang untuk menghayati apa yang dipersembahkan. Begitu juga paparan konflik keluarga Jason. Ada baiknya. Gambaran tepat keluarga Tiong Hua ialah melaui pembacaan filem-flem Hong Kong.
Banyak babak-babak yang menarik dari filem ini bakal diingati. Antaranya babak mak Orked dan Yam menonton televisyen, babak menyikat rambut di atas tangga (kelakar), dan babak di perhentian bas ketika hujan. Ianya sungguh fotogenik.
Yasmin juga berjaya menghasilkan babak yang boleh punya banyak rasa dan interpretasi. Babak akhir ketika Orked membaca surat Jason dalam kereta. Ianya boleh jadi satu babak yang sedih dan sadis. Saya hampir sedih dengan lakonan Ida Nerina yang amat cemerlang. Cumanya alasan mengapa mereka menangis tidak cukup kuat untuk membuat saya sama-sama bersimpati. Saya jadi ketawa menyaksikan babak ini apabila mendengarkan bebelan bapa Orked (Harith Iskandar).
Lakonan secara keseluruhan cemerlang, cumanya saya mengharapkan lebih banyak babak-babak dari Harith, Ida Nerina dan Adibah Noor.
Mungkin saya akan tonton filem ini beberapa kali lagi. Akan tetapi bukan kerana ceritanya yang menarik (kisah cinta Jason dan Orked) akan tetapi cerita-cerita lain, gambar yang cantik, runut bunyi yang kreatif dan kejujuran Yasmin dalam berceritalah yang memikat hati saya untuk tontonnya berkali-kali dan sekali lagi.

Filem : A Series of Unfortunate Event

Saya mengharapkan TGV Mines akan menayangkan Sepet. Namun saya hampa.
Beberapa hari sebelumnya berlangsung Anugerah Academy. Tak silap saya filem ini memenangi kategori Solekan Terbaik. Itu satu faktor mengapa saya memilih filem ini setelah ketiadaan filem Sepet, dan bukannya Constantine.
Kisahnya, filem ini tentang nasib 3 orang adik beradik yang kematian ibu bapa dalam kes kebakaran rumah. Mereka diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk dijaga oleh waris terdekat Count Olaf (lakonan Jim Carey). Rupanya pak cik mereka membuat onar untuk merampas harta milik keluarga mereka. Perjalanan cerita ini berkisar tentang survival 3 beradik ini. Banyak peristiwa dan karektor pelik berlaku dalam filem ini yang akhirnya membongkar misteri demi misteri (punca kebakaran rumah).
Filem ini bertambah menarik dengan karektor ketiga-tiga beradik ini yang pelik-pelik. seorang suka mencipta, seorang suka membaca dan seorang yang kecil suka menggigit.
Filem ini filem ceria, kelakar dan sadis. Saya suka memberikan kredit yang lebih kepada mana-mana filem yang mampu menyentuh perasaan saya. Yang mampu membuat saya tersentuh dan sedih. Filem ini filem menyayat hati sebanrnya. tentang nasib anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa, yang kehilangan tempat tinggal dan ditimpa musibah. Babak akhir di mana mereka membaca surat dari keluarga mereka tatkala ibu bapa mereka bercuti ke Eropah.
Saya baru baca polemik Aziz dan Ku Seman di akhbar. Sebelum ini saya kagum dengan Aziz sebagai seorang pengarah filem yang kreatif. Tapi sekarang saya sudah tidak kagum lagi dengan Aziz. Bahkan pada saya Datuk Yusof Haslam lebih jauh lebih baik dari Aziz. Prof Razak berjaya menggunakan kepandaianya untuk memperlekehkan intelektual penonton dalam kebanyak filemnya (Hingga Hujung Nyawa saya akan ulas kemudian).