e-episode

Monday, February 14, 2005

Buku - Di bawah Lindungan Kaabah

Penulis : Hamka Penerbit : Pustaka Dini Buku ini sebuah karya kecil Hamka (dari segi saiz) akan tetapi tidak kecil jiwa di dalamnya. Pada saya ini bukan karya Hamka akan tetapi sekadar catatan. Pun begitu jiwa dan nilainya tetap besar. Kali pertama saya beli sebagai hadiah hari lahir seorang kenalan. Kali kedua saya beli baru milik saya. Kepingin sekali saya nak khatam dan hadam karya-karya tulisan Bung Hamka yang lain. Novel ini merupakan kisah yang diceritakan semula. Kisah pengalaman hidup seorang pemuda yang bercerita kepada penulis. Seorang anak muda yang dibiaya oelh seorang hartawan hingga keperingkat universiti. Akhirnya jatuh cinta dengan anak hartawan tersebut. Namun takdir menentukan gadis yang selama ini terasa seperti darah daging sendiri, bukan jodohnya. Kisah cinta yang dilakarkan dalam novel ini mengingatkan saya kepada sebuah lagi karya bung hamka ; Tenggelamnya Kapa E Van Der Wicjk. Karya bung hamka lain yang sempat saya khatamkan ialah Kenang-Kenangan Hidup dan Dari Lembah Kehidupan. Pada saya karya Bung Hamka kaya dengan filsafat.

Thursday, February 10, 2005

Buku - Bagaimanakah Orang Jahil Menafsirkan Al-Qur’an

Penulis : Harun Yahya Penterjemah : Intan Baizura Halaman : 149muka Surat Penerbit : Al-Hidayah Publisher Ini buku paling baru yang saya beli. Harganya agak murah. Sekadar rm12.00 berbaloi dengan kualiti kertas, karangan, terjemahan dan suntingan yang baik. Ini tulisan pertama harun yahya yang saya baca. Bagus. Saya suka. Ada tiga bahagian utama dalam buku ini. Alasan salah-tafsir al-quran, contoh-contoh salah anggapan dan satu bab tambahan penipuan evolusi. Harun yahya amat dikenali dengan pembongkaran penyelewengan teori evolusi. Buku ini bukanlah buku yang terbaik mahupun baik dalam subjeknya. Pun begitu pada saya buku ini boleh saya golongkan ke dalam buku yang boleh dan patut di baca untuk mendapatkan perspektif yang berbeza dan lebih meluas. Saya senang sekali dengan kualiti terjemahan dan suntingannya. Dan saya berazam untuk terus memiliki buku-buku tulisan harun yahya dan meratahnya