e-episode

Sunday, October 29, 2006

Filem : Bilut & Diva Popular

Saya memilih untuk menonton kedua-dua filem melayu atas dua faktor. Pertama , menyokong industri filem tempatan. Kedua, Bilut menerima paling banyak pencalonan untuk Anugerah FFM baru-baru ini walaupun tak menang banyak. Dan Diva Popular merupakan buah tangan Erma dan teraju utamanya Umie Aida. Kedua-dua pelakon ini saya minat. Erma dengan Jimi Asmara, Embun dan Pengantin Popula. Tidak Perempuan Melayu Terakhir, kerana ada ada sedikit propaganda anti-Islam. Bilut Filem bajet besar ini boleh saya istilahkan sebagai projek filem blockbuster. Dengan nama-nama besar (Rosyam, Jericco Rosales, Eja, ada gajah, ada harimau)dan penggambaran dari ceruk hutan hingga ke Brussels. Dan diarahkan oleh seorang pengarah diminati ramai Bade. Saya menikmati hasil kerja Bade sejak Syakila (1991). Bilut berputar dari tahu 60an hingga tahun 2006. Dengan mengangkat tema perjuangan peneroka Felda, Bilut paling berjaya menarik perhatian berbanding filem se'genre' dengan nya seperti Embun dan Paloh. Ramai penonton mengeluh dengan babak 'flash back' yang berterabur. Separuh masa pertama Bilut baik dan menarik. Namun selepas masuk era kini dengan babak-babak dari Brussels yang meleret rata-rata ramai yang mula hilang minat. Kelihatan beberapa pasang penonton meninggalkan dewan. Bilut cemerlang dari segi lakonan dan sinematografi. Tetapi kelemahan yang agak ketara ialah kostum dan make-up yang tidak 'real'. Mungkin kerana pengarahnya seorang lelaki. Berbanding dengan Sepet-Gubra dan PontiananHSM 1&2 di tangan pengarah wanitan aspek ini jauh lebih kemas dan teliti. Que Haidar dan Jericco hanya tua pada solekan yang tebal. Tidak pada gigi yang masih putih bersinar, postur badan yang masih slim dan fesyen baju dan kasut yang up-to-date. Pun begitu Bilut masih baik masakan mengungguli pencalonan FFM. Cuma satu saya tidak gemar dengan arahan Bade yang suka memperlahankan suara-suara pelakonnya seolah-olah berbisik. Diva Popular Membandingkan DP dengan Embun, mahupun Perempuan Melayu Terakhir adalah tidak adil kerana berada dalam genre yang berbeza. Tapi bagi saya Pengantin Popular lebih baik dari Diva Popular. Sayatetap mahukan filem ini berjaya di pawagam. Tapi sayang seribu kali sayang. DP seolah-olah membazirkan Erma, Umie, Azean Afdlin dan pelakon-pelakon baik yang lain. Justru tidak hairan mengapa Dp langsung tidak tercalon dalam mana-mana katerori, jauh sekali menang dalam FFM. Sedangkan Umie adalah pelakon terbaik, Afdlin juga palkon terbaik, begitu juga Azean dan Erma sendiri. Harap-harap Dp menang di pawagam. Tidak salah membuat filem bergenre komedi. Saya suka contohkan filem komedi versi Afdlin yang boleh berjaya di pawagam dan tidak kalah di Festival. Komedi Aziz M Osman dalam Gila-gila Penganti juga menjadi. Begitu juga komedi Mamat Khalid yang saya suka. Tapi Erma mengadun DP seperti dipaksakan untuk koemdi sedangkan ia tidak komedi. Hanya sindiran tajam yang tidak diurus dengan baik. Tentu ramai pihak yang akan tersinggung. Apapun pujian buat Sheila Rusly dan Afdlin. Sepatutnya mereka yang menjadi teraju utama. Tapi saya tak menyesal menonton seperti saya menyesal menonton filem-filem Prof. Razak (kecuali Mami Jarum).