e-episode

Sunday, March 19, 2006

Filem : Ungu Violet

Fielm : Ungu Violet
Pengarah : Rako Prijanto
Pelakon : Dian Sastrowardoyo - Rizky Hanggono Fathi Yakan ada menulis sebuah buku yang berjudul “Golongan Yang Tercicir di Jalan Dakwah”. Dan aku rasa tulisan ulasan saya dalam e-episode ini bolehlah dikategorikan sebagai ulasan-ulasan yang tercicir di jalan blog. Kurd minta juga saya ulas filem Ungu Violet. Semasa UV rancak ditayangkan saya memilih untuk hanya menonton Kiamat Sudah Dekat dan bukan UV. Dian Sastro ketika ditemuramah di sebuah bioskop (pawagam) di Indonesia menyatakan UV merupan sebuah kisah cinta (love story). Tambahnya lagi sudah lama industri filem Indonesia tidak menghasilkan filem bertema begini. Iya benar, memang benar UV sebuah kisah cinta. Saya mulakan dengan beberapa bahagian yang saya suka. Pemilihan pelakon yang dan watak. Saya suka Dian yang sememangnya cantik dan manis dengan watak keanak-anakan Kalin. Saya suka Ricky Hanggono yang diberikan watak sedikit serabai dan cool. Runut bunyinya yang kalau tidak silap dihasilkan oleh kumpulan Padi juga cemerlang. Saya amat meminati lagu “Menanti Sebuah Jawapan” lebih-lebih lagi menonton klip videonya sekali. Rako Prijanto cemerlang dalam menghasilkan sudut-sudut yang asyik dan indah. Beberapa babak bagi saya cukup mengesankan. Terutamanya babab Kalin menunggu panggilan Lando pada suatu pagi. Satu lagi babak yang cukup mengesankan ialah majlis pengkebumian nenek Kalin. Suasana sedih benar-benar terasa. Walaupun agak klise dengan hujan renyai-renyai dan paying hitam mengingatkan saya kepada satu babak dari filem Daredevil (Ben Affleck – Jeniffer Garner). Sayangnya UV bukanlah filem kegemaran saya. Sehari suntuk saya ambil masa untuk sudahkan file mini. Saya tak suka kepada beberapa perkara penting dalam file mini. Rako Prijanto mengambil masa yang agak lama untuk bercerita. Terlalu lembab dan lambat. Satu faktornya saya kira ialah UV tidak punya bahan yang banyak untuk diceritakan. Ceritanya terlalu mudah dan boleh dijangka. Maaf Kurd. Pak cik tak minat filem ini. p/s : babak suram dan serabut dalam file mini mengingatkan saya pada filem-filem hong kong.