e-episode

Saturday, November 27, 2004

Steps To Happiness

Everybody Knows:
You can't be all things to all people.You can't do all things at once.You can't do all things equally well.You can't do all things better than everyone else.Your humanity is showing just like everyone else's.
So:
You have to find out who you are, and be that.You have to decide what comes first, and do that.You have to discover your strengths, and use them.You have to learn not to compete with others,Because no one else is in the contest of *being you*.
Then:
You will have learned to accept your own uniqueness.You will have learned to set priorities and make decisions.You will have learned to live with your limitations.You will have learned to give yourself the respect that is due.And you'll be a most vital mortal.
Dare To Believe:
That you are a wonderful, unique person.That you are a once-in-all-history event.That it's more than a right, it's your duty, to be who you are.That life is not a problem to solve, but a gift to cherish.And we'll be able to stay one up on what used to get us.
May God Bless you and keep you safe,

Sunday, November 07, 2004

Buku - Panglima Salleh: Selempang Merah

Penulis: Zaharah Nawawi Terbitan: Dewan Bahasa Dan Pustaka Cetakan: Ketiga 1995 Mukasurat: 400 Harga: RM 12 Pertamanya tujuan membaca buku ini hanya untuk mencari perkataan dialek Banjar setelah Hidayat memberikan buku dalam format yang agak tebal ini kepada saya satu malam beberapa minggu yang lepas. Tamat disitu setelah tidak menjumpai apa yang saya inginkan. Saya dapati hanya sedikit sahaja dialeh Banjar didalam buku ini. Mungkin kerana Zaharah tidak menguasai bahasa tersebut getus hati saya. Kemudian dua hari yang lepas setelah selesai solat tarawih, saya menggapai buku ini, sekadar untuk bersantai. Lalu saya dapati buku yang ditulis oleh Zaharah Nawawi ini cukup membuatkan saya bersengkang mata semata-mata untuk menghabiskannya sebelum jam 2 pagi. Jadi saya sekadar membaca secara “ekspres” persis lajunya “KLIA Ekspres”. Justeru banyak juga perenggan-perenggan yang saya langkau, yang bagi saya perenggan itu tidak menjejaskan kesedapan bacaan yang tengah saya nikmati. Saya memang mengenal Zaharah Nawawi; sebagai seorang novelis yang terkenal dan juga sebagai seorang pengkritik seni tanah air. Tetapi inilah buku pertama beliau yang sempat saya hadamkan. Mungkin di lain masa saya akan berusaha untuk membacanya. Terasa rugi juga dihati kerana saya sempat membelek-belek beberapa novel beliau ketika di perpustakaan sekolah dahulu. Saya tidak bermaksud untuk mengulas buku ini; tidak juga mahu menceritakan jalan ceritanya dan sama sekali tidak mahu memperkenalkan watak-watak lakonan utamanya, akan tetapi apa yang menjadi tarikan kepada saya ialah perang saraf yang dilaksanakan oleh Panglima Salleh ini. Tertarik bagaimana Panglima Salleh menggunakan muslihat ataupun strategi perang yang berkesan ketika menggempur Komunis. Beliau menggunakan taktik yang cukup berkesan, yang tidak terjangkau oleh orang kampung pada zaman itu malah orang kampung zaman ini juga yang hidup di tahun 2004. Saya berpendapat bahawa bangsa yang kulitnya cokelat ini merupakan satu bangsa yang mahir dalam seni peperangan suatu masa dahulu. Tetapi kerana kebebalan bangsa coklat ini untuk menimba ilmu yang akhirnya membuatkan kepala kita majal dan tolol. Mungkin kalaulah Panglima Salleh ini seorang penulis, akankah dia menulis sebuah kitab peperangan yang sama hebatnya dengan “The Art Of War”. Kebijaksanaannya dalam merancang strategi amat tinggi, malah rasanya dia mendahului orang-orang Jepun dan Britan pada masa itu dalam seni peperangan. Cumanya bangsa Jepun dan Britan pandai kerana sudah terdedah dengan ilmu sains, sedangkan tetapi Panglima Salleh hanya tahu haruan dan lading sahaja (dia hanya bersekolah rendah). Dan satu lagi unsur yang perlu diketengahkan ialah bagaimana Panglima Salleh ini mengambil peluang untuk berdagang dalam keadaan kucar-kacir hinggakan dia beroleh keuntungan yang menyenangkan hidupnya. Justeru Panglima Salleh ini dapat kita jadikan sebagai ikon orang Melayu yang berjaya menjadi perwira disamping sebagai seorang peniaga berjaya. Dengan dibantu oleh isterinya yang konon-kononnya mendapat pertolongan dari kerabatnya yang ghaib di Makkah, novel ini menyulam unsur-unsur mistik dan tahyul. Kemistikan dan ketahyulan adalah sebahagian daripada alam Melayu. Malah sekarang ini juga TV3 sedang mencandu orang kita dengan cerita-cerita semacam ini dengan slot “Misteri Nusantara”nya. Saya tidak berapa menggemari cerita-cerita mistik malah saya juga tidak berapa menyenangi cerita mengenai keanehan-keanehan ini lantaran kebanyakan dari cerita itu adalah palsu dan dusta. Saya hanya mempercayai karamah dari para masyaikh yang benar-benar soleh dan alim, tidak mempercayai keanehan-keanehan yang terbit dari orang-orang kerdil alias kecil yang hanya tahu meratib meraban. Maka saya secara peribadi menganggap ilmu-ilmu dari seni silat banyaknya yang menyeleweng dari yang benar. Ketika singgah di rumah seorang teman, sempat saya bertanyakan kepada orang-orang Kampung Parit Raja, Daerah Batu Pahat dimana peristiwa orang Melayu mengamok memerang Komunis berkenaan dengan “Pemerintahan 14 Hari” dan Panglima Salleh, tetapi sedikit mengecewakan bila mendengar jawapan mereka: “Kami kurang tahu”. Tetapi tanpaknya cerita ini lebih dikenal oleh orang-orang di Pontian. Mungkin kerana Panglima Salleh ini asalnya dari Kampung Kayu Ara Pasong. Mungkin! Sedikit maklumat yang ingin saya kongsi berkenaan dengan Melayu Banjar ialah bahawa sifat Banjar ini dikatakan suka “batimpas” iaitu sering berkelahi. Sebenarnya sifat ini terakam dalam diri orang Banjar lantaran mereka ini jenis perantau dan peneroka hutan. Mungkin kerana itulah Panglima Salleh ini hebat bertarung. Tetapi bangsa ini juga terkenal dengan sikap lemah lembut mereka. Cumanya pantang bagi orang Banjar ialah jangan diusik kehormatannya, kalau disinggung maka batimpaslah dia. Pendeknya, novel sejarah ini yang tinggi nilainya merupakan sebuah buku yang bagus untuk peningkatan jati diri bangsa Melayu yang kian layu, juga baik untuk mengenal sejarah perjuangan bangsa Melayu sebelum kemerdekaan negara. Elok benar kalau novel ini mengambil tempat dodoian anak kita yang mengantuk - ganti cerita “Puteri Salju” (Snow White). Saya hanya menunggu masanya pembikinan filem Panglima Salleh ini. Mungkin nanti kita boleh berbangga dengan filem ini kalau barat berbangga dengan filem-filem patriotik seperti: “Menyelamatkan Prebet Ryan” dan “Hati Keras”. Cukup kalau diberi 4/5 bintang setelah ditimbang dari berbagai sudut.